skip to Main Content
CALL CENTRE : 1-800-88-2121 (TELE INSURANS/HELPLINE TUNTUTAN)
ROADSIDE ASSIST : 1-300-80-8800 (24 JAM BANTUAN KEMALANGAN & KEROSAKAN)
EN BM CH

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Personal Data

Untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), kami telah memuat naik dasar privasi kami (“Polisi Privasi”). Polisi Privasi tersebut mengandungi terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda. Polisi Privasi bersama dengan notis ini merupakan notis bertulis kepada anda sejajar dengan Prinsip Perlindungan Data di bawah Akta. Polisi Privasi kami menyenaraikan pelbagai cara kami menguruskan Data Peribadi anda termasuk cara kami mengumpul, memproses, mengguna, menzahir (mendedah), memindah dan menyimpan Data Peribadi anda.

Sila meneliti Polisi Privasi kami sebagai sumber maklumat utama yang merangkakan obligasi kami di bawah Akta dan memaklumkan hak dan perlindungan tertakluk kepada anda di bawah Akta. Sila teliti dan semak semula Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa supaya anda sedia maklum dengan hak-hak dan perlindungan yang diberikan kepada anda di bawah Akta. Dalam notis ini, melainkan jika dinyatakan dan ditafsirkan di notis ini, terma-terma diguna mempunyai maksud yang seperti dinyatakan dalam Polisi Privasi kami.

Data Peribadi yang anda berikan dalam borang ini dan bila-bila masa seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami akan digunakan untuk tujuan pemprosesan permohonan/cadangan insurans anda, insurans atau insurans semula (Reinsurans), peruntukkan produk atau perkhidmatan berkaitan insurans atau sebarang penambahan, pemindaan, variasi, pembatalan, pembaharuan atau pengembalian kepada kedudukan yang asal, pelaksanaan kajian statistik/aktuari atau kajian data, promosi produk dan perkhidmatan, lain-lain tujuan yang berkaitan dan lain-lain tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami (secara kolektif, “Tujuan”).

Data Peribadi atau Data Peribadi Sensitif anda dan juga pemandu yang dinamakan dalam Polisi yang dikumpul atau dipegang oleh Syarikat mungkin akan digunakan, diproses dan didedahkan kepada individu atau syarikat yang mungkin diperlukan untuk mematuhi syarat-syarat dan kewajipan di bawah Polisi. Syarikat juga boleh menggunakan, memproses dan mendedahkan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan, di Malaysia atau di luar negara atau mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang terpilih di Malaysia atau di luar negara yang kami anggap perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat insurans atau syarikat penginsurans semula (Reinsurers), firma pembrokeran, firma/syarikat ajuster kerugian, penyiasat tuntutan atau forensik, firma guaman, syarikat rujukan kredit, mana-mana penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh badan Berkanun / pihak Berkuasa / Persatuan / Persekutuan syarikat insurans atau mana-mana entiti korporat, pihak kerajaan, badan undang-undang, badan berkanun atau badan kehakiman yang mana Syarikat, anggota gabungannya atau mana-mana pihak ketiga pemproses data adalah diwajibkan untuk mendedahkannya di bawah tuntutan mana-mana undangundang, undang-undang kecil / peraturan atau garis panduan.

Anda boleh mendapatkan maklumat berhubung pihak ketiga Pemproses Data untuk membetulkan atau menghentikan pemprosesan Data Peribadi atau Data Peribadi Sensitif anda pada bila-bila masa dengan menyerahkan permintaan yang berkenaan secara bertulis yang menyatakan nama anda, butiran hubungan dan butiran permintaan tersebut.

Kami akan menganggap bahawa anda telah memberi kebenaran kepada Tujuan yang tersebut di atassekiranya anda tidakmemberikan kamisebarang notis bertulis. Sila ambil maklumbahawa sekiranya anda ada memberikan notis yang sedemikian, anda tidak akan mempunyai sebarang perlindungan insurans dan sebarang Polisi yang memang telah dikeluarkan / di isu akan dibatalkan dan di syaki tidak sah dari tarikh pembelian (void ab initio / dari tarikh permulaan).

Back To Top